KERAJAAN FATIMIYAH
Zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah telah bermula pada 909 M
oleh Ubaidillah al-Mahdi yang merupakan cucu kepada Ismail bin Jaafar al-Sadiq.
Nama Fatimiyyah diambil sempena nama anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu
Fatimah binti Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib. Kerajaan ini dikuasai
oleh golongan Syiah Ismailiah yang mempercayai Ismail adalah imam ketujuh
selepas Imam Jaafar al-Sadiq. Pusat pemerintahan kerajaan Fatimiyyah terletak
di Kaherah Mesir setelah berpindah dari pusat sebelumnya iaitu di Tunisia.
Kerajaan Fatimiyyah ini mengalami era kejatuhanannya pada tahun
1171 Masihi di bawah pemerintahan Khalifah al-Adid. Kejatuhan kerajaan ini
adalah disebabkan oleh beberapa faktor permasalahan yang berlaku sejak zaman
pemerintahan Khalifah al-Mustanshir yang merupakan khalifah ketujuh kerajaan
Fatimiyyah.
Antara permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan
Fatimiyyah adalah kelemahan pentadbiran khalifah. Kebanyakan khalifah yang
dilantik adalah masih terlalu muda untuk memegang tampuk pemerintahan.
Contohnya, Khalifah al-Hakim (996-1094 M) mula dilantik menjadi khalifah seawal
usia 11 tahun. Kelemahan khalifah menyebabkan muncul orang-orang yang
berpengaruh dalam pemerintahan sekaligus menundukkan khalifah. Perkara ini
menyebabkan khalifah tidak dapat menjalankan tugas sehingga pemerintahan
menjadi kurang stabil.
Kelemahan khalifah untuk mengawal negara juga membawa kepada
beberapa peperangan antara jabatan tentera Fatimiyyah yang terdiri daripada
tiga unsur kekuatan. Unsur yang pertama ialah tentera bangsa Barbar yang
berjuang dalam kerajaan Fatimiyyah sejak awal pemerintahan. Kedua, unsur
kekuatan bangsa Turki yang dibawa oleh Khalifah Al-Aziz dan bangsa Sudan yang
dibawa oleh Khalifah Al-Mustanshir. Peperangan yang sering terjadi menyebabkan
sistem ketenteraan dan pertahanan semakin lemah. Peperangan antara satu sama
lain menyebabkan kuasa-kuasa luar mengambil kesempatan unutuk melakukan
serangan. perkara ini akhirnya membawa kepada rampasan beberapa wilayah
kerajaan Fatimiyyah oleh kuasa lain.
Selain itu, terdapat beberapa konflik dan perbalahan yang terjadi
semasa pemerintahan Khalifah Al-Musta’la. Al-Musta’la telah dilantik menjadi
khalifah pada tahun 1904 Masihi bagi menggantikan ayahnya, Khalifah
Al-Mustanshir yang telah meninggal dunia. Pelantikan tersebut menimbulkan
perasaan cemburu dan kecewa abang Al-Musta’la, Nizar yang berasa dirinya lebih
layak untuk menjadi khalifah. Oleh itu, beliau telah membentuk satu gerakan
pembunuh upahan bagi menentang Khalifah Al-Musta’la. Gerakan ini dipimpin oleh
Al-Hasan bin Al-Sabah yang akhirnya membawa kepada pembunuhan dua orang
khalifah iaitu Khalifah Al-Musta’la dan Khalifah Al-Amir. Namun begitu, Nizar
tetap tidak dapat memegang takhta sebagai khalifah kerajaan Fatimiyyah pada
ketika itu.
Di samping itu,
daerah Mesir semasa pemerintahan kerajaan Fatimiyyah juga terlibat dengan
bencana alam. Rakyat Mesir hidup dalam kelaparan kerana hasil pertanian seperti
gandum, kurma, bawang dan sebagainya telah musnah. Pelbagai wabak penyakit juga
tersebar yang menyebabkan pedagang-pedagang dari luar tidak mahu berniaga dan
membeli barangan dari Mesir. Hal ini menyebabkan ekonomi kerajaan Fatimiyyah
semakin merosot.
Setelah mengalami
zaman kemerosotan dan kemunduran, kerajaan Fatimiyyah mendapat serangan dari
luar. Kelemahan sistem pemerintahan dan pertahanan menyebabkan beberapa daerah
kerajaan Fatimiyyah berjaya ditawan oleh pihak musuh. Pada tahun 1171 Masihi
semasa berada di bawah pemerintahan Khalifah Al-Adid, wilayah terakhir kerajaan
Fatimiyyah jatuh ke tangan tentera Salahudin Al-Ayubi. Mesir akhirnya berada di
bawah kepimpinan kerajaan Islam Aiyubiah yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah.