Khamis, 13 Ogos 2015

Contoh penulisan refleksi

REFLEKSI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Masa Mengasihani. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana mampu menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Saya Nurul Hafiza Binti Roslan, pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Semester 1, Pendidikan Islam. Saya telah menerima tugasan ini pada 13 Julai 2015 dan diberi tempoh selama 6 minggu bagi menyiapkan sepenuhnya tugasan ini. Tugasan ini merupakan satu cabaran baru buat saya di mana banyak cabaran dan rintangan yang telah saya hadapi sepanjang menjayakan tugasan ini.
          Pertama sekali, saya ingin meluahkan rasa bersyukur kerana diberi ruang dan peluang untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini telah banyak memberi faedah dan manfaat kepada saya. Banyak ilmu baru yang saya peroleh sepanjang saya mencari bahan dan maklumat untuk tugasan ini. Sebelum ini, saya berasa amat tertekan kerana tidak berpengalaman untuk menyiapkan tugasan ini. Saya asyik bertanya kepada diri saya adakah saya mampu untuk menjayakan setiap tugasan yang diberi kerana terdapat beberapa tugasan lain yang telah diedarkan dan perlu disiapkan dalam tempoh yang sama.
          Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam mencari bahan rujukan seperti buku-buku di perpustakaan. Hal ini demikian kerana kekangan masa untuk saya bertandang di perpustakaan tambahan tajuk buku berkaitan tugasan ini agak terhad di perpustakaan. Saya juga mengalami masalahdalam mencari bahan di laman sesawang kerana tidak semua bahan di internet itu sahih dan boleh diterima. Maka, saya telah membuat keputusan untuk membeli bahan rujukan sendiri di kedai buku berhampiran.
          Perkara ini sedikit sebanyak telah menyedarkan saya, setiap cabaran dan dugaan pasti ada jalan keluarnya. Saya telah meminta sedikit pertolongan dan tunjuk ajar daripada pensyarah tugasan ini, kawan-kawan, kakak dan abang saya yang berpengalaman. Mereka telah banyak memberi saya kata-kata semangat serta tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk mengurus masa agar dapat menyiapkan semua tugasan dalam tempoh yang diberikan.

          Akhir sekali, tugasan ini telah banyak memberi manfaat kepada saya. Ia telah mengajar saya erti kesabaran dan menjadikan saya seorang yang teliti dalam setiap perkara. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu saya sepanjang saya menjayakan tugasan ini.

good luck 4 ur esaimen :) may Allah ease everything :)

1 ulasan:

  1. JSlot Casino India (2021) - JT Hub
    JSlot Casino 전라남도 출장안마 India offers online 진주 출장샵 casino games and promotions. Enjoy slots 강원도 출장샵 for fun 보령 출장마사지 and win real 안산 출장마사지 money with JSlot Casino India.

    BalasPadam